1. Apakah pengertian ibadah Korban?Ibadah Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.2. Apa itu ibadah Akikah?Akikah bermaksud penyembelihan haiwan ternakan tertentu dengan tujuan tanda syukur kita di atas kelahiran cahaya mata.3. Apakah perbezaan antara Akikah dan Korban?Akikah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah Korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.4. Berapa nama peserta boleh diletakkan?Satu bahagian lembu atau satu ekor kambing hanya untuk 1 nama peserta sahaja.5. Bila tarikh akhir untuk penyertaan ibadah korban?7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha setiap tahun. Bagi tahun 2024M@1445H, 10 Jun 2024 (Isnin) adalah hari akhir pendaftaran.6. Boleh buatkan korban untuk orang yang dah meninggal ke?Tidak digalakkan melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali si mati telah meninggalkan wasiat untuk berbuat demikian.7. Apa beza Korban dalam Malaysia dan Korban Luar Negara?Perbezaan mengikut harga. Ini kerana binatang (lembu, kambing, dan biri-biri) tersebut dibeli, disembelih, dan diagihkan terus di negara-negara berkenaan. Pakej Korban Luar Negara adalah pilihan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban tetapi kurang berkemampuan berbanding pakej dalam Malaysia. Jika berkemampuan, sebaiknya laksanakan korban dalam negara sendiri.8. Berapa nama yang boleh diletak untuk 1 bahagian korban?Hanya 1 nama peserta sahaja untuk 1 bahagian.9. Korban akan dilaksanakan pada hari apa? Macam mana nak tahu korban dah dibuat sebab nak potong kuku.Korban akan dilaksanakan pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun Hijriah. Status korban akan dikemaskini dalam sistem semakan iaitu sistem yang sama semasa tuan/puan membuat pembelian.10. Korban dalam Malaysia buat dekat mana? Boleh ke nak datang tengok dan sekali ambil daging?Korban dalam Malaysia dibuat di Ladang Ternak Ummah (LTU), Lot 2802, Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Semua peserta korban dialu-alukan untuk datang ke LTU dan wajib dimaklumkan melalui WhatsApp Tim Hotline 011-2088 7961 @ 011-2088 7962 untuk mereka aturkan hari dan masa yang tuan/puan boleh hadir. (Giliran mengikut nombor sembelihan).11. Untuk negeri selain Selangor, contohnya Perak, Sabah, boleh ke nak tahu korban buat di lokasi mana?Ia bergantung kepada Aktivis Sahabat Amal Care(SAC) negeri-negeri. Jadi, kami tiada lokasi spesifik atau tetap pada setiap tahun. InsyaAllah, lokasi akan dimaklumkan kemudian.12. Boleh ke nak pilih jantina atau warna kambing untuk korban?Tidak boleh. Untuk pengetahuan, semua binatang (lembu, kambing, dan biri-biri) tersebut adalah jantan.13. Boleh ke nak ambil bahagian daging korban sendiri? Ada buat penghantaran atau perlu ambil di mana?Boleh datang ke Ladang Ternak Ummah di Sg. Yu, Kuala Selangor untuk ambil bahagian daging korban. Wajib dimaklumkan melalui WhatsApp Tim Hotline 011-2088 7961 @ 011-2088 7962 jika tuan/puan ingin hadir untuk mereka aturkan hari dan masa yang tuan/puan boleh hadir. (Giliran mengikut nombor sembelihan). Tiada penghantaran disediakan.14. Untuk pembelian haiwan hidup ada penghantaran ke? Berapa kosnya?Ada penghantaran pada setiap tahun aktiviti korban dijalankan. Kosnya mengikut jarak dari Ladang Ternak Ummah ke lokasi penghantaran. Untuk perincian kos tersebut, boleh WhatsApp dengan Hotline kami 011-2088 7961 @ 011-2088 7962.15. Untuk Akikah tu harga termasuk siap masak sekali ke?Untuk ibadah akikah yang dijalankan pada musim korban, kami uruskan haiwan akikah tersebut hingga selesai "potong 4" sahaja. Lalu, terpulang kepada individu penerima daging agihan untuk memanfaat daging tersebut.
Manakala bagi ibadah akikah yang ingin dilaksanakan di luar musim korban, kami turut menyediakan perkhidmatan siap masak jika pelanggan berhajat. Caj tambahan dikenakan. Boleh daftar pada pautan https://daftar.ladangternakummah.com/Akikah1445H atau WhatsApp Hotline kami 011-2088 7961 @ 011-2088 7962 untuk sebarang pertanyaan lanjut.16. Akan dapat video tak masa korban nanti?Ya, gambar dan video akan diberikan.17. Boleh ke nak tahu berapa kilogram daging sahaja tidak termasuk tulang untuk lembu saiz medium, large, jumbo untuk seekor lembu tu sebab nak agihkan ke penduduk kampung?Medium 60-66 kg±. Large 75-90 kg±. Jumbo 90-105 kg±. Double Jumbo 150 kg±.